Thursday, December 29, 2011

berhati-hati ketika chat.

assalamualaikum .
..

aku o9 kejap sebab tadi pagi aku study,
study sambil tengok ombak rindu. #ok, aku tau dah basi.. haha.

aku bukak je, ada orang ajak chat..
chatt??

aku kurang gemar nak chat dekat fb,
lagi pulak kalau chat dengan orang tak kenal,
bukan sebab bf baca, tapi sebab:

berita pung pang cakap gadis diperdaya men-in-black untuk jadi keldai dadah,
ditipu oleh warganegara men-in-black dijual dan jadi pelacur, itu ini..

jadi aku disini nak cakap benda tu benar sama sekali. taktipu.
ni ha kat bawah ni ada sekor..

dia add aku, pas aku approve je, terus dia ajak chat.. kononnya lah kan..
who cares niat baik ka apa.??. muka memang sama hitam, hati tak tau.. haha.


aku ni jenis straight to the point jadi tak reti nak lapik2 kain bila tulis,

ayat dia perghhh..!! aku tanya, korang cair tak? cuba kalau letak profile pic aaron aziz ke,
sah2 aku jadi izzah.. tapi dia cuma mat itam..


mat itam: "remember money is not love"

licha gadis melayu: memang adinda tau la money not love,
but my love is not for you...!

aku terus unfriend, report, block, spam, buat pe yang patutlah..

kesimpulannya, nak chat boleh, bukan kat fb je, tapi kena berhati-hati..
jangan semua benda nak cerita dekat orang yang tak kenal.. k.

shake hands.
xoxo.


p/s: ini kisah benar,unedited.

Wednesday, December 28, 2011

gambar lompat yang cantik.

assalamualaikum..


=
lompatan gembira yang tak bertepi oleh saya. kuikui.



p/s: turut serta dalam gambar,
kawan-kawan sek rendah yg 9 tahun tak jumpa.

Tuesday, December 27, 2011

cerita kartun faveret kat tv.

holaa..

musim cuti sekolah ni, aku pun cuti..
jadi dapat lah menumpang tengok kartun kat tb.
eheh.. seronok juga layan kartun bila dah besar gedang camni..

ninjaboys.
*teringat simbei dengan hingus yang tak pernah kering. haha.

cerita pasal sebuah keluarga, atashinci..

aku suka sangat sebab karakter mak dia tu..
siap pernah cakap kat mak aku lagi :

"mummy, perangai mummy sebijik cam mak dia"
hahaha.. gelak2 sampai mak aku naik angin..


siapa yang tak kenal doreamon??..
korang duduk kat mars kot.. hee..

dragon ball.

aku minat masa kecik2 dulu je, bila dia dah besar, macam bosan..
langsung tak de minat nak tengok lagi..

lama sgt dah tak tengok kartun sambil baring2,
kemudian gelak sorang2..
rindu nya zaman tu..

Monday, December 26, 2011

Missing In Action (M.I.A)

hye everybody..
did u miss me??. yes o no?

well well, i'd been very bz.
supa dupa busy with not enough sleep struggling for my wedding.. (yes u heard it right)
but no tomorrow. lol.

last week, i been studying n preparing for my test, not to be left assignments..
hard to say if i did it right..
i hope all goes well..


err.. just want to ask your opinion..

tomorrow i write again k.. daa..
i wanna sleep.. ZZZZZzz


Wednesday, December 21, 2011

i love u for a thousand years





**minggu ni tak nak cerita pape sebab SIBUK LAYAN NI.. layan ni je.. **

p/s: bila lah nak "one step closer?" *berangan.. haha..

Friday, December 16, 2011

selipar jepun cantik nama fipper

assalamualaikum.
salam jumaat

minggu ni aku sangat sibuk , memandangkan minggu depan dah nak study week,
kemudian final, pastu hoyehh.. balik rumah.

korang kenal selipar jepun?.
ok, fipper ni dalam kategori yang sama cuma lain sikit untuk color, design, & harga.

keistimewaan fipper:
~biodegradable / boleh dikitar semula
~slip-resistant/ tahan gelincir
~natural rubber / getah natural


bagi aku lah kan, fipper ni memang sangat cantik.. sebab color yang striking (menjolok mata) haha.
bebel panjang2 pun tak best jugak.
jadi, silalah melihat gambar..

tu kaki zee nabyla (peneman setia aku)
dia tengah konfius nak pilih mana 1.

bagi fipper slim harga= rm 15.90 sepasang. sebelah rm7.95.



aku beli 2, hijau merah untuk aku, hijau purple untuk _____. sila isi tempat kosong. hee..

tu je nak borak hari ni.

sekian... thnks for reading..

fakta: fipper bukan selipar dari jepun. tw.

Thursday, December 15, 2011

spectacles vs. contact lens

morning.
ok, today i want to present about spectacles versus contact lens..
are u a contact lens wearer??

ok, stop... haha..

jadi hari ni aku ada presentation untuk course - communication at work.
beria jugaklah aku wat slide sampai 4 hari untuk HANYA 10 slide sahaja..
%&@#$%..

ya aku tau, kalau korang buat mesti 1 hari je kn.
tak pun, sejam dah siap.. ada aku kesah??.hewhew..

ceritanya aku adalah sales rep untuk optical center,
akan pujuk orang supaya PAKAI product aku ni.

dan aku juga akan mengajar orang (classmates aku je pun)
tips nak pakai contact lens dengan jayanya..

sambil tu, aku nak bagi tau korang freshkon ada kuarkan c.lens baru. Dezigner.


p/s: kalau rasa nak tau pape sal c.lens, feel free to ask me..k. (ayat serius)

thanks for reading. daa..

Wednesday, December 14, 2011

kambing kesayangan

hello semua.

kenangan itu sangat indah untuk diingati. *_* .
tapi kalau yang macam ni, korang nak ingat jugak tak?
(tahun lepas)

hadoi. gelak je lah.. aku pun tak tau nak respon macam mana.
perli aku ke apa??

xoxo..


aku ada test hari ni. thnkx.kbye..

Tuesday, December 13, 2011

tips ~* reject salesgirl / tak nak beli barang


hye..
hari ni aku nak tulis pasal macam mana korang suma nak reject/ dump salesgirl
yang salu dok promote barang suruh korang beli.

sorry, tapi kadang2 memang rimas.. bila aku masuk 1 kedai, cuma nak window (tengok2) tapi datang salesgirl cun dok suruh2 cuba itu ini, especially kedai baju..
aku betul2 rasa terganggu. kalau korang suka, tak pe..


1. bila masuk, cakap siap2.. "sorry miss, i just nak tengok2."
jadi salesgirl tu dah dapat hint yang korang memang tak nak beli.

2. (kedai baju)bila dah try2 banyak helai, tiba2 rasa tak nak beli..

* cakap "ada warna hijau tak??"" alaaa.. saya nak cari hijau, tak de ea??.
hm.. tak pe lah macam tu.. terima kasih..

*tanya dia " boleh swipe card tak?" saya tak bawa cash.. hehe..
tapi kena pastikan kedai tu tak de mesin debit / kredit kad taw.. kalau tak &%^$&.... haha.

3. tak berkenan dengan barang tu, tapi rasa bersalah sebab salesgirl tu kiut sangat macam nora danish.. sooo.......

*cakap dengan dia, "saya nak survey dulu, sebab saya tak bawa kawan saya (bf). hehe.. nanti saya datang lagi.. "

4. (restoran) Ni pernah jadi kat kawan aku. dia masuk kemudian tengok menu.. makk aii.. harga terlalu mahal. yela, sebab tak pernah masuk situ.

jangan panik.

cakap dekat waiter, "saya nak keluar kejap, kawan saya nak datang sini, tapi tak tahu jalan"..
ok,done..


tak kira lah cara macam mana korang guna,
please make sure salesgirl tu tak terasa.
semua orang ada hati taw..

k.bye.

Monday, December 12, 2011

kes berat si pelupa.

hye semua..

sedihnya aku, kenapa la mesti macam ni..
aku rasa aku ni dah pelupa tahap tinggi, kalau setakat lupa benda
kecil2 masih boleh trima la.. tapi ni aku rasa macam tak boleh nak maafkan lagi..


maafkan diriku,

bayangkanlah kawan-kawan..
aku tertinggal kunci moto untuk sekelian kalinya,
tapi ni kes berat sebab tu moto member aku.
baru dibeli tak sampai sebulan..

syukur sangat ada insan ni,

kertas tu aku dapat kat moto.. masa lepas balik kelas.. (berair biji mata aku)
nasib baiklah moto tu aku parking dalam u.. kalau x..
aku tak taw nak bayangkan macam mana.

aww.. u are so sweet. siap tinggal no phone lagi tu.
thanks stranger.. *~

Saturday, December 10, 2011

kempunan T_T

Assalamualaikum..

**si anak manja menelefon emaknya di rumah..

licha anak manja : hello mami, sihat tak? mi watpe?

mummy : tak buat apa pun, nak masak je..

licha anak manja : waaa.. masak apa mi hari ni?

mummy : hmm...

*belum sempat mak aku jawab, ada background music pulak..*

kakak sulung : masak ketam!!! ketam masak lemak.. hahaha. padan muka tak tunggu hang balik.

licha anak manja : haaa?? betul ke mi?

mummy : hm.. kakak yang beli, adik hari ni masak makan apa?

licha anak manja : adik makan telur goreng je... T_T.. (kempunan..)

p/s: sedihnya,
nak balik rumahhh....

Friday, December 9, 2011

Majlis Anugerah Dekan

~~*+*~~*+*


hye semua.

semalam aku pergi majlis anugerah dekan.
sebab buat kat hotel jadi dapatlah makan2 free,
sebelum ni kitorang buat kat dewan dalam U je.. *sian kn?

majlis ni bertujuan untuk meraikan pelajar2 yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan semester lepas.

shalyn, aku, cik ain, zee nabyla muka ayu belaka..

se saat kemudian..
_

ahhh.. rosak.. nilah aku yg sebenarnya.. bila dengar benda lawak,
aku gelak terbahak-bahak tak tengok kiri kanan..

makanan yang super sedap.. especially yang sayur depan aku ni.. #tipu.

baju aku semalam telah di taja oleh Fair Lady. eh, tipu lagi. haha..
Zee Nabyla (baju kuning) yang taja, dia beli kat Fair Lady, haa.. ni baru betul.
selendang tu pun ye, nama pun bestfrens. ye tak?.

ni classmates aku..
syukur alhamdulillah, harap- harap sem ni dapat lagi..
doakan kejayaan kita semua ye kawan2..
aminn...

mood: jom berjuang.. sambil tengah selak buku.. hee..

Thursday, December 8, 2011

sediakan sepatu tinggi.

hye hawa dan adam sekalian.

sila sediakan sepatu tinggi anda..
kerana

kita akan ke sesuatu tempat yang special..
ramai orang akan berada di sana..
terutamanya orang2 pejabat.. (kelass gitu)


haa.. sepatu tinggi dah jumpa,
nak pergi cari baju pulak ni..

k la, daaa...

p/s: doakan licha tak tergolek di atas pentas ye..

Monday, December 5, 2011

cool blog!

hye.
hari ni aku bukan pasal blog yang cool , blog cantik, comel, etc..
tapi pasal air coolblog. haa.. pernah minum tak?.

coolblog memang dah jadi favoritas aku dan bestfrens suma..

sebab 1 word ni :
sedap...

ok, kalau korang nak tau lebih ni website dia..

design website dia girlish gitu.. pink colorr..

tak susah nak cari air ni sebab sekarang dah ada banyak cawangan.. yelah, dah maju..

menu air pulak ada pelbagai jenis..
antaranya:

harga coolblog tak lah mahal bebenor.
rm2.50 je & ke atas..

kalau korang suka yang biji2 sagu tu, (pearl) boleh add on +rm0.60.

aku suka blue coral, besfren aku suka chocolate.. -sje nak bagi tau. haha
k daa...

Sunday, December 4, 2011

saya suka baby comel..


hye cuties..

acu korang ni busy this month..
tak boleh balik rumah.. T_T
dok diam2 tau, nanti acu balik:

acu akan__*

*belanja kfc
*bawa naik moto round 1 kampung..
*dukung keliling rumah
*bawa pergi beli ais krim tiap jam kat rumah makngah

*bagi tengok kartun
*main make-up2.. hehe..
*main aci nyorok..
*main webcam laptop acu..


haa.. seronok kan??


tunggu acu balik taw.
taw?!!.


ha, nak tengok video comel diorang
kat sini ..

xoxo.
acu di perantauan.. hehe

Saturday, December 3, 2011

cubaan memasak yang gagal


hye .
dah baca kat atas tu?

sedihnya..

dah masak elok2 time nak letak dalam piring tiba-tiba bley terjatuh pulak.
piring pecah, pizza pun dah xley makan..

rosak mood aku harini.
kecewa betoll.....

Friday, December 2, 2011

~~*masjid yang cantik

~*~assalamualaikum~**

hari jumaat merupakan penghulu segala hari.

hari ni jugak istimewa sebab semua umat islam iaitu lelaki,
akan menunaikan solat jumaat. selalunya, akan pergi ke Masjid lah kan?.

jadi aku nak tunjuklah masjid2 cantik yang ada kat Malaysia ni..

Masjid al- Azim, Melaka. (cantik kaler hijau)

oppss.. ni kat Brunei, salah upload.. haha. sorry

masjid Kristal, kat Ganu

masjid al-Bukhary, Aloq Setaq Kedah

masjid Tanjung Bunga, Penang

masjid daerah Perak Tengah, @Sri Iskandar. dekat je dengan uitm.hehe

dah ada masjid cantik2, kenapa lah ramai lagi yang salu ponteng solat Jumaat.. masjid ni pun salunya penuh bila Ramadhan je..

p/s: moh ler solat jemaah..

Thursday, December 1, 2011

nyummy: ice cream.





hye.

hari ini aku nk pujuk korang semua makan ice cream..
sebab:

  • Tindakan mengunyah aiskrim bagi kanak-kanak boleh menguatkan gigi mereka
  • Aiskrim yang sejuk itu boleh mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan. Ini sangat penting untuk aku lah. *_*
  • Zat dalam aiskrim boleh memulihkan pesakit insomnia
  • Kalsium dalam aiskrim juga banyak kelebihannya

  • aku suka makan ice- cream.
    ada 1 habit yang tak boleh nak kikis, bila time pergi isi minyak kat petronas, aku msti masuk dalam sebab nak beli ice cream.. hehe.

    kalau korang tak suka, memang rugii.. sebab
    life is short, make it sweet

    Wednesday, November 30, 2011

    malangnya nasib aku

    hye semua.

    mari kita tinjau episod malang aku pada hari ini.
    sungguh tragis.

    pergi kelas lewat, aku tak bawa KAD MATRIK nak masuk u.

    balik kelas jalan tengah panas, aku bawa skuter pergi kelas tapi parking dekat lua U.
    taw kenapa??
    licha tak ada lesen. hehe

    sampai rumah, aku jatuh tergolek sebab dah terlalu pening. jatuh depan pintu pagar. ohh.. huduh sungguh.

    petang pulak.. ada test. aku dengan member jalan dah sampai fakulti, tiba-tiba.

    aku: zhai, mana kunci skuter??
    zhai: tadi kn dah amik, kn?. ko amik kn??

    aku: ohhhhhhhhhhhh...... damn it. aku lupa.!


    p:s/ korang pernah cmni??

    Sunday, November 27, 2011

    cantik: tips pakai eyeliner..

    hye semuaaa...

    macam mana nak pakai eyeliner dengan cantik?

    jenis2 eyeliner:
    ~pensil
    ~liquid
    ~gel

    untuk beginner,
    aku cadang guna pensil dulu. sebab liquid & gel senang comot.
    sebab tangan korang for sure akan ketar2 bila nak wat garisan. Trust me!. hehe.

    eyeliner boleh dipakai dengan pelbagai jenis gaya.
    boleh la tengok gambar kat bawah ni, dan sila praktis di rumah..

    kalau pergi kelas, aku cadangkan guna pencil eyeliner, pakai bahagian atas je.. jadi nampak natural sikit.

    *__tips __*

    * trick untuk efek Smokey Eyes.
    lepas letak eyeliner (jenis pensil), ambil berus kemudian ratakan dia.

    rujuk gambar dibawah>


    kalau takde berus, amik cotton bud wat macam ni. pun boley..
    yang penting menjadi..

    *kalau eyeshadow habis, lukis garis tebal2 bahagian atas, kemudian pun gosok dengan berus.. lepas tu guna liquid eyeliner wat garisan baru.

    *kalau nak effect mata BESAR guna white-inked eyeliner. (kaler putih).
    nak senang, pakai je C.Lens. settle problem. haha


    nak cantik lagi, kalau korang pakai macam ni..

    ^winged eyeliner.

    ok. daa.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...