Monday, January 30, 2012

jangan terlalu kurus.. hodoh ~

assalamualaikum..

hye semua. harap ny sihat..
sorry lama tak update. tak sihat.

cuma nak tanya lah kan.. berapa berat badan korang? adakah stabil dengan ketinggian.
kalau ya, alhamdulillah..

yelah, aku pun perempuan..pantang tengok orang lain kurus, kaki kecik cam lidi, aku pun nak jugak.. haha. mula lah senamrobik, push-up (fuyooo) jogging dan lain2..

aku punya azam yang tinggi. semangat sungguh bab2 nak kurus ni.. harapny badan dapat jugak la jadi angelina jolie ke, eva longoria. tapi, not long ago.. aku selalu sakit..

amik kau, nak kurus sangat. !!

2009;
berat-54/55 paling berat pernah 57kg.
tinggi-1.65m

2011:
berat-46 kg SAHAJA
tinggi-1.65m

2 tahun berat badan aku turun dengan jayanya. yeayy.. memang bangga habis bila cakap pinggang i 25. tapi hakikatnya:

*aku selalu sakit.
*sakit simple macam demam, tapi melarat 1 miggu
*badan cepat letih
*makan ubat lambat sembuh, kena inject.

aku bukanlah tak makan berhari2, tapi amalkan pemakanan yang bajet sihat pun akhirnya membawa padah. bayangkanlah, aku demam selsema tapi kebas 1 badan, muka pun tak boleh gerak.. haa..

my advise:
be bold, be beautiful.

tak yah la nak kurus2 sangat ni..




Saturday, January 14, 2012

kakak.. kaka.. nak dinasour.

salam.
2 more paper to go.
after that hoyeh2..

aku online kat makstall je sekarang sebab broadband dah kene terminate.
tak bayar bil.

tiba-tiba aku didatangi oleh budak kecik yang bakal hensem bila besar nanti. haihh..
tergoda i. comel betull..

dia datang cakap "kaka, kaka, nak dnshourr.."
aku tak paham sebab yelah umor dak tu 2 tahun lebih..
rupa2nya dia cakap nak tengok dinasour..
aku pun ohh, nak tengok ke?. . adik nak tengok eh?.

jadi aku google kat dia, gambar2 dinasour.. haha..
layan budak tu kejap.. gelak2 tengok gaya dia..

aku happy pun tak lama,
sebab pastu nenek dia ajak g tempat diorang balik..

tamat.~

Wednesday, January 11, 2012

Monday, January 9, 2012

doa : menghadapi peperiksaan

assalamualaikum..

.peperiksaan.

walaupun kita rasa dah bersedia dengan baik,
tapi janganlah lupa untuk berDOA. tak cukup kita je,
suruh mak bapak sekali, kakak, adik, tok long..
pakwe, makwe juga.. ok.

jadi aku ada beberapa doa yang diharapkan dapatlah dipraktikkan bersama- sama.
sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.
janganlah malu untuk meminta daripadaNya.

*doa sebelum mengulangkaji*

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

*doa ketika masuk dewan*

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


*doa sewaktu lupa ketika menjawab*

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

*doa memohon kejayaan cemerlang*

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


pesanan aku:

TADAHLAH TANGAN UNTUK BERDOA,

JANGAN MENADAH MINTA SEDEKAH.


~semoga kita semua mendapat keputusan yang cemerlang. amin..

kredit to: http://permai1.tripod.com/doa.html

Saturday, January 7, 2012

kau pemalas..!!

assalamualaikum..

dah berapa kali sebut malas hari ni kawan2??
hm.. mungkin sebut tanpa sedar la kan, takpe2..

senang sangat nak detect orang tu pemalas ke tak.kat sini aku dah senaraikan
benda yang aku selalu buat. yela, aku juga malas sepertimu.

1. mandi sehari sekali.
-kalau dia rajin mesti akan mandi 2, 3 kali.
alasan nya, alaaa.. malas bukak baju. eh.. yeke?. ke u nak i bukak kan? lololo

2. barang2 dia mesti banyak yang sama.
tak paham?. camni, kalau dia ada tudung biru,
mesti dia ada banyak helai sebab malas basuh. dia pembersih, cuma pemalas.

3. tak cuci stokin
pemalas sangat2 lah kalau stokin pun tak cuci. sebab selalunya,
kalau baju yelah sebab besar kan, lagi pun pakai kat lua jadi kena cuci.
tapi kalau stokin.. ehem2. ne orang tau ye dak..


4. tolong ambil jap..
-kalau dah duduk dia malas bangun,
jadi dia suruh orang lain amikkan. orang yang selalu mintak tolong juga boleh dikatakan sebgai pemalas.

5. bilik sarang tikus
ni aku pun sama, jadi tak boleh nak cakap pe dah..
lagi2 time exam.. hadoi..
ase nak g tdo kat hotel je, ada orang kemaskan..


ok, cukup2 lah kutuk diriku sendiri.. haha..
korang mesti rajen kan??

ahh.. takutnya..

assalamualaikum..


Wednesday, January 4, 2012

gambar- blog saya ada kembar..

assalamualaikum...

dia dtg komen kat blog aku, jadi aku pun bukak lah blog dia nak
pergi lepak2 kejap sambil minum nescafe. bila aku bukak je, aku macam ehh, ehh...??

sama background daa.. haha..

tak sama umur tu dah pasti lah kan, sebab budak ni jauh lebih muda belia dan cute.. n comel, n ok2 ckup.. haha.. aku suka blog dia sebab sempoi je..
paling penting ringan , cepat loading jadi aku tak payah nak tunggu lama2, best!.


aku tengok2 jugak la gambar dia semua,
& then, something looks very familiar to me.

bila aku tengok pic no2 tu, terdetik kat hati aku,
ehh.. sekolah aku.

rupa2nya dia adalah junior sekolah aku.
heran jgk kenapa aku boleh teka dengan betul walaupun takde hadiah disediakan..
takpelah licha, syok sendiri.. haha..

sama background, sama sekolah.
wah, ada jodoh ni.. lolololo

kbye

Tuesday, January 3, 2012

ombak bola

ermm.. hai.

minat bola?
minat ombak rindu?

ni la yang terjadi bila 2 menjadi 1.. hee..

credits to: siapa-yang-share-tah.. thnks

peace :)

Monday, January 2, 2012

jom join bloglist licha*

assalamualaikum.

apa khabar semua?? sihat?
ya, itu yang kita harapkan..

memandangkan saya bakal sibuk sepanjang bulan 1, jadi saya bercadang ingin
melebihkan pembacaan di samping mengulangkaji pelajran.. (saya nak exam)

bila stress, saya harap ada benda yang mampu mengubatinya,
contohnya blog anda sicomel sekalian..
penat baca buku, baca blog korang pulak. ye tak?.


*jom join bloglist licha*

cara yang mudah:

1. follow blog bla3 (blog akulah, xkan blog kau)
2. letak link di komen.
3. saya akan follow & letak blog anda anda di bloglist saya.
4. ajak kawan2 (tag).

ruang dalam blog ni sememangnya banyak, sila godek2 sekeliling kalau tak percaya.
jadi tak perlulah nak risau sangat kalau tak muat. kalau boleh biarlah blog anda semua ringan,
senang saya nak follow dan melepak kat sana sambil makan popcorn.. hehe..
1,2,3
jomm.....

tamat tempoh: 14.jan.2012
kalau dah pernah follow, tapi nak saya letak dalam bloglist pun boleyh.. saya tak kisah lah..



p/s: ajak kawan2 sekali kalau nak 1 geng dalam bloglist saya. k..

Sunday, January 1, 2012

tak ada azam tahun baru. !

hye 2012..

alhamdulillah, baru sahaja dikurniakan tubuh badan yang sihat menjelang 2012,
saya mengalami demam yang teruk pada 2011, December 30.

dimasukkan ke hospital, saya dibawa oleh cewekku yang memandu laju dari k.l sebab terkejut mendengar saya diserang demam sawan. oh, tidak..tidakk..
tapi, demam teruk muntah-muntah sehingga tubuh tidak mampu bangun lagi..

ubat pun tak mampu nak telan, jadi suntik sahajalah wahai nurse,
agar saya mampu bangun semula..
(setiap kali demam aku akan mintak injection)

jadi 2012 disambut dengan doa,
moga2 saya memperoleh kesihatan yang baik sepanjang tahun.
kurangkan demam, lebihkan makan..

aminn..


p/s: badan yang kurus tidak menjamin kebahagiaan kesihatan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...