apa khabar semua?? korang tau tak maksud kidal?
ki+da+l ialah berasal dari KIRI DARI LAHIR= kidal
orang kidal ialah orang yang menggunakan tangan kiri dalam kebanyakan perbuatan harian, contohnya masak, menulis, melukis dan bla3. aku kidal!.
jom baca fakta menarik mengenai kidal.
*Sekitar 15-20% penduduk dunia adalah kidal
*orang kidal lebih cenderung menggunakan otak sebelah kanan.
*menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti , emosi dan kebijaksanaan dengan baik.
*kebanyakan orang kidal memiliki tulisan tangan yang cantik, kemas dan teratur .kat sekolah sapa selalu kena puji tulisan cantik?? aku kan? kn?
*Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat.
*Hari kidal sedunia disambut 13 ogos setiap tahun.
*Beberapa orang terkaya di dunia adalah seorang kidal ( Bill Gates,Oprah Winfrey) ini termasuklah Barrack Obama & Angelina Jolie.
*lebih ramai lelaki kidal berbanding perempuan.
*secara purata, individu kidal hidup lebih singkat 9 tahun berbanding orang kanan.
apakah kekurangan menjadi kidal?? adakah selalu kena buli?? yaa..
*peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.
*Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll )
*Kerusi meja (kerusi kuliah) ; ini paling aku tak berkenan, lupakah mereka bahawa orang kidal juga mampu belajar di University, sehingga meja takde seketul pun untuk orang kidal.
*nak bermain badminton ke, hockey ke, semuanya di cipta untuk orang kanan je. kecewa betul..
kalau kanan is right, kiri tak semestinya wrong.