Monday, October 31, 2011

which horoscope are you?

monday morning peeps. *~
simple post for today..
my question is-
do
u
believe
in
horoscope
?
in
conclusion-
never reject: me.
cause i am gemini.

sigittarious, aries, pisces :
err... no comment.
signing off ~from computers' lab,
business faculty of
uitm perak.

Saturday, October 29, 2011

iklan lawak kat tv. kacang tak lupa kulitnya.

hari minggu sememangnya best di isi dengan menonton tv. sayangnya, zaman sekarang ni cerita pendek betul, tapi iklan yang berjela2..

banyak jugak lah iklan yang best, especially time hari raya dan perayaan.
hari ni aku berjaya cari iklan yang tak ada di Malaysia, yang aku rasa cam best.

ni iklan mcD.


kat bawah ni, lagi best... ekstrem sungguh..



iklan kita masih lagi mengamalkan budaya ketimuran, pasal tu aku rasa kurang menjadi bab kempen anti merokok ni.. iklan kat atas memang sempoi gila la.. seb bek aku bukan perokok. *hmphh....... kot2 la nanti pergi dating tiba2 ada orang datang baca yasin?.. oh, nightmare...... hehe.

tapi la kan, kalau korang student, terasa tak korang bila tengok iklan ni??
apa feedback korang bila pertama kali tengok iklan ni?
hahahaha.. tak tahulah kan, bila aku nampak je iklan ni kt tv, aku mesti akan gelak..
gelak kuat2 dengan housmate aku semua.. yela, kitorang lah kacang2 tersebut, tapi apa kata tukar iklan lebih up to date sikit. ? baru meriah..

hutang orang jangan lupa bayar ye kawan-kawan *~

Friday, October 28, 2011

pengikut yang ke-100.

selamat hari jumaat, jangan lupa pergi solat. ~

semalam, aku blogwalking bagi mencari yang ke-100.

siapa budak ni? aku pun tak kenal.
tapi yang aku tau dia adalah follower bertuahku yang ke-100..


jadi dengan perasaan bangga dia pun komen kat chatbox aku tuh. hehe..
aku follow dia melalui post kat fb, group Kelab Bloggers kalau tak salah aku.

janji yang dibuat telah ku kotakan.

dan dialah insan yang terpilih itu, aku sangka aku aje yang bahagia, rupanya dia pun sama. bahagia + bangga.

bahbang!. haha..


meh sini cium pipi kiri kanan
xoxo..


Thursday, October 27, 2011

jom tilik tapak tangan.


ini adalah post bercorak pendidikan.. kalau nak pandai, bacalah. kalau tidak, kbye.

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA
Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

sumber: wall post yg di share di FB. tak salah berkongsi kan? hehe..


Wednesday, October 26, 2011

muka mintak penampar. VS. muka mintak kiss.

~*~~*happy deepavali.. ~*~~*

kalau cakap pasal muka memang tak kan pernah habis.. tapi salunya, muka hensem, muka cantik, muka comel..haa.. tu memang pasti..

hari ni aku nak cakap pasal 2 jenis muka yang lain. iaitu muka mintak penampar & muka mintak kiss.. sama je, mintak. tapi kiss dan penampar adalah berbeza.

~muka mintak penampar.

muka macam ni memang selalu aku nampak. hairan jugak la.. korang ingat penampar tu sedap sangat ke yang konon2 mengidam je nak kena tampar dengan orang lain..
xcun, comel pun tidak.

muka macam ni memang bila korang tengok korang pun rasa nak tampar kan?.

kadang2 pernah jugak aku tengok couple2, tengah dating kemudian gadoh.. haha.. kelakar, si boyfren pulak tak nak kalah so buat muka mintak penampar..
girls!!.. kalau nampak je hint camni, korang slap je boyfren tuh.. tak yah tunggu2 lagi.
panggg........

~muka mintak kiss.

ni favourite aku, comel sangat bila babies wat muka camtu. macam magnet, mesti aku rasa nak dukung dia and kiss them on the cheek..

bagi yang ada pet, kalau kucing korang wat muka macam tu, mesti happy sangat2 kan?.. hilang semua stress. lagi pulak diorang ni sangat2 setia kepada tuannya.


apalah salahnya kalau kita semua mengamalkan muka mintak kiss ni.. banyak kebaikan:

* pasangan korang akan trus2 peluk cium korang sebab korang nampak sangat comel. ha, seronok la tu kene peluk??

*bertambah akrab hubungan korang dengan haiwam peliharaan. percayalah kucing adalah haiwan yang sangat berkasih sayang, jadi dia takde lah nak sumpah seranah korang lagi kalau lupa bagi makan.

*and bla3.. haha. try dulu pastu korang taw la kebaikan dia..

muka mintak penampar.

Sunday, October 23, 2011

vandalisme rumah sewa. !!



hari ni tak puas hati betul..
bila sampai rumah je, rasa bosan, kosong sangat..
tengok la meja study, lagilah kosong..


jadi aku bertekad nak buat vandalisme kat dinding ni. its so plain, and its make me sick.
membuatkan aku rasa sungguh sunyi.. dah la duduk jauh dari family. -tiap minggu balik, tak termasuk ok. hehe..

jadi aku pergi kedai, cari benda ni. sekarang ni macam jadi trend la, jadi sangat senang nak cari dekat kedai, pasar malam pun ada. aku beli sakura, sebab aku suka bunga.. ! ada jugak aku tengok kawan aku beli cartoon, hello kitty, cute sangat..

1. pastikan dinding bersih, lap dulu sebelum tampal.
2. ikut nombor dekat item2 tu. cabut slow2 sebab dia nipis, senang terputus.
3. tampal jangan terus tekan kuat2, light2 cukup. sebab nanti nak cabut balik kalau dah salah/ tak cantik.

.. kena pandai agak jugak lah nak tampal2 benda ni..
jadi dah siap rangka pokok.

tampal sikit2, kemudian dah berpuas hati bolehlah tekan kuat2 supaya dia melekat..


ini lah hasilnya, selepas 1 jam berpeluh2..

kiranya aku sangat berani mati untuk buat benda ni, sebab ini adalah BILIK RUMAH SEWA.. hahaha.. kalau rumah sendiri, memang tak boleh punya lah.. confirm. harap2 tuan rumah tak kisah sebab yelah kan, kurang bajet dia nak renovate rumah ni.. aku dah tolong buatkan..

kat bawah ni banyak lagi. boleh la try wat kat bilik masing2, tak kisahlah dimana rumah anda semua.. jadi projek hujung minggu pun ok jugak.



yang ni sweet kan?

p/s: in English they called it wall sticker.

Saturday, October 22, 2011

jom pakai contact lens.. tau macam mana?



mata kalau yang original tak cantik ke?. bagi aku orait je la. tapi sekarang ni ramai yang suka pakai contact lens (CL).. tapi ramai jugak yang tak tahu macam mana nak pakai dan jaga..
dah la biji mata tak boleh ditukar ganti..

apa yang tak boleh buat bila pakai CL.

* tak boleh masak / terkena haba yang kuat. c.lens ni nipis, diperbuat dengan bahan cam plastic.
kalau kena haba, nanti dia akan kecut, and rosak sekali dengan mata kita.

*tak boleh bawa motor. bukan suruh bawa kereta, tapi habuk2 yang ada akan melekat dekat CL. akan rasa tak selesa, lagi teruk kalau pasir ke masuk.

* mandi. CL TAK BOLEH DI CUCI DENGAN AIR PAIP. harap maklum. kalau mandi nanti air masuk mata, dalam air ada clorin. rosak la CL tu nanti. mata akan merah. mandi kat sunway lagoon pun tak ley pakai CL, so xyah nak bajet2 cantik nak pakai.

* tak boleh nangis. tapi jangan tenyeh2 mata dengan kuat. takut CL tu koyak, lagi la sakit.

*tidur. ada banyak kes orang pakai pastu bawa tidur. silap hari bulan, CL akan termasuk dalam kelopak mata. siyes, tak tipu. customer aku ramai je yang pernah..
ada jugak yang boleh dipakai langsung tak payah bukak, tapi harga dia memang mahal!.

biji mata asli, aku punya. haha.

kesan buruk tak pandai jaga?.

paling biasa *mata akan merah. -cuci tak bersih la salunya.
kalau pakai pastu rasa pedih, bukak pastu cuci rendam dlu.

paling teruk *mata akan ada seraput. macam asap2 dalam mata.
ada jugak yang berkulat. eiiiiiii..

pakai CL memang cantik. aku pun suka tengok, macam mata barbie doll..

aku tak tau la orang lain suka brand apa, tapi aku suka FRESHKON. sekarang ni dah ada pink. ayuu siot.!.
tapi korang pernah perasan tak kenapa brand2 yang korea tak berapa ada dijual di kedai spect??. jawapanny ialah CL korea senang cerita tak berapa bagus. kalau korang beli, pakai, pastu rosak mata korang boleh complaint/ claim dekat optical center tersebut, tu pasal la dia tak jual, coz dah tau2 mata korang akan rosak. efeknya lambat, tapi pasti kena.


ni aku pakai pergi kelas . color : shimmering grey.

please contact your nearest optical center for furter explanation. tenkiu.


Thursday, October 20, 2011

aku tak suka quiz..


siapa kat sini student??
stuju tak dengan apa aku nak cakap ni. stress nya hidup sebagai student kn?. bertambah kecewa bila kuiz dapat markah ciput, test xlepas, apatah lagi final exam hancur,..

dah betul, nak wat mcm mana lagi?.
sebab haritu aku buat 1st quiz, rasa macam berkarat betol otak ni..
berapa banyak pangkah dari betul?. hahaha.. boleh tengok beramai-2. silakan......

ni adalah soalan sebenar yang dijawab oleh aku. course-COMMUNICATION AT WORK. heckk.. ok, nampak sangat aku memang tak betol.. pe aku tulis semua ada dalam buku, tapi bukan ni yang dia tanya.. haha..

lagi bertuah bila dapat nota cinta dari lecturer itu sendri..
rajen jugak dia tulis panjang2,

hm.. memang patut la pun dapat markah kurus2 je..

lepas tu, berani pulak aku pergi depan mintak tambah markah, ;p

aku : Dr, my explanation is right, y dont i get the marks?
lect: " oh, yah thats true, but it is wrong"".......
*wat malu je.

.. i hate quiz. super duper hate.

hari ni pun jawab lagi 1, tak tau la dapat lulus ke tak...




Monday, October 17, 2011

24 jam sehari tak cukup


hey senin. @ isnin

di mana kehidupan ku?
di kala ku perlu kan mu, kau di mana?

adoi2.. penatnya .. macam tak de kehidupan dah sekarang ni.
jadual yang sangat sendat, ohhh.. sungguh membencikan..






Sunday, October 9, 2011

gambar kami. berdua.

lama betul tak balik rumah,
dah lama jugak tak keluar jalan2.
kan best kalau orang2 ni ada dekat Sri iskandar sekarang..

my heart. my past driver. dulu, ajak je dia g mana2. set,..

baby, bekas roomate. hujung minggu di Cameron.
untungla dia tengah cuti sem.

dlm kfc, pakai helmet.. ha, korg pernah buat?? ni dengan liza jugak. dia liza peace.
aku liza poyo ;p

pizza hut, @j,j ipoh. kalau tak ada abang dia, dia la yang drivekan aku..
adik- bradik yg sungguh penyayang.

dengan beloved biko..
alolo, kesian pic ni kne edit..

sekarang ni, tinggal lah aku sorang2.

Thursday, October 6, 2011

housemate ku dapat lesen!. tahniah..





hey pemegang lesen..
amboi2.. dah dapat lesen ni asyik dok membayangkan bila la dapat nek moto sendiri pergi kelas.
bila naik bas kurang cool sikit sebab kena berdiri, bersempit2..
lega lah kalau dapat naik kenderaan sendiri.. moto buruk pun tak pe..

housemate pun telefon rumah dia,
cakap pasal nak motor..

ntah2, moto ni tak??

hahahaha.. aku tengah bayang nak jadi pembonceng..
pin pin.. pergi kelas.



ha. jom !!.. aku dah siap.. hahahaha.

Tuesday, October 4, 2011

katakan saja Tidak!

susah betul nak cakap tidak@ NO..



aku tak boleh buat, aku tak sampai hati. !.
jangan lah terlalu jaga hati dan perasaan orang lain,
kadang2 bukan orang kisah pun dengan jawapan nya, cuma yelah.. cara kita menjawabnya adalah lebih penting..

kenapa nak berpura2..
tak perlu pun..
cukuplah dengan satu perkataan.
TIDAK.

tidak Mahu,
tidak SUka,
tidak Minat,
tidak Tahu?.. tak tahulah nak cakap apa lagi..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...