hari ni tak puas hati betul..
bila sampai rumah je, rasa bosan, kosong sangat..
tengok la meja study, lagilah kosong..
jadi aku bertekad nak buat vandalisme kat dinding ni. its so plain, and its make me sick.
membuatkan aku rasa sungguh sunyi.. dah la duduk jauh dari family. -tiap minggu balik, tak termasuk ok. hehe..
jadi aku pergi kedai, cari benda ni. sekarang ni macam jadi trend la, jadi sangat senang nak cari dekat kedai, pasar malam pun ada. aku beli sakura, sebab aku suka bunga.. ! ada jugak aku tengok kawan aku beli cartoon, hello kitty, cute sangat..
1. pastikan dinding bersih, lap dulu sebelum tampal.
2. ikut nombor dekat item2 tu. cabut slow2 sebab dia nipis, senang terputus.
3. tampal jangan terus tekan kuat2, light2 cukup. sebab nanti nak cabut balik kalau dah salah/ tak cantik.
.. kena pandai agak jugak lah nak tampal2 benda ni..
jadi dah siap rangka pokok.
tampal sikit2, kemudian dah berpuas hati bolehlah tekan kuat2 supaya dia melekat..
ini lah hasilnya, selepas 1 jam berpeluh2..
kiranya aku sangat berani mati untuk buat benda ni, sebab ini adalah BILIK RUMAH SEWA.. hahaha.. kalau rumah sendiri, memang tak boleh punya lah.. confirm. harap2 tuan rumah tak kisah sebab yelah kan, kurang bajet dia nak renovate rumah ni.. aku dah tolong buatkan..
kat bawah ni banyak lagi. boleh la try wat kat bilik masing2, tak kisahlah dimana rumah anda semua.. jadi projek hujung minggu pun ok jugak.
4 comments:
wahhhhhh ! yg bawah2 tu cantik lahhhh ! :)
@smilenajah93: kn? harga pun xmhl.. sy py rm1.90 je.. hehe
cntik la!!! =) nk kna cri gk la psni....hehe
@cik lynn: haa.. cari la.. cntik n murah..
Post a Comment